Friday, January 14, 2011

Unstobbebal

Menarik gak hasil kajian yang dilakukan oleh user ni. memang nyata nyata tipu je lebey. unstobbebal tul.

Monday, April 19, 2010

Pengalaman cuba ditipu oleh Jibaok Haiyo

Based on my true experience, jibaok ni akan cuba sedaya upaya untuk menipu duit hasil penat lelah bekerja anda..Sehabis mungkin, jibaok ini akan mempengaruhi mangsa sehingga berjaya..selagi belum berhasil, jibaok jibaok ini akan teruskan ayat2 manis mereka walaupan masa tu bakal mangsa (yg bijak and boleh berfikir panjang) rasa cm nak penampor je sekor2 jibaok2 ni..Kadang kala ayat yg diguna pakai oleh jibaok ini boleh menampakan kebodohan mereka tetapi kadang kala berjaya membbodohkan mangsa, jika mangsa tidak berfikiran panjang..

Pengalaman sebenar aku ketika cuba ditarik oleh jibaok ini terjadi dalam bulan Jun or Julai (xberapa ingat la). Aku dipancing oleh sorang member bernama Kaduk yg sudah pun bergelar jibaok 369 selama beberapa bulan. Si Kaduk ni dgn bangganya memberitahu aku bhw ada cara utk jadi KAYA dgn CEPAT dan MUDAH tanpa perlu kerja cm orang gila seperti skg..emmmm..Permulaan ayat si Kaduk ni pun dah buat aku rasa curiga..Si Kaduk ni ajak aku jual Dadah ke? Si Kaduk ni bgtahu lg yg dia dah buat KERJA ni selama beberapa bulan dan mampu dapat income RM5k or RM6k sebulan tanpa bersusah payah..wuishh..kerja apa yg si Kaduk ni buat??Banyak dia dapat tuuu?

Disebabkan Si Kaduk ni member baik, maka aku pun follow la dia utk ke markas tarbiyah kepunyaan jibaok 369 di tgh2 bandar KL..Si Kaduk ni pandai, dia xbg kita bawak kereta sendiri..dia sanggup ambik kita kt rumah..sebabnya....dia tak nak kita cabut balik..kalo kita bwk kereta sendiri, kita boleh cabut kalo bosan..tp kalo kita naik kereta si jibaok ni, susah la ckit..pandai gak diorang ni.....Kami sampai ke markas 369 ni (dimana umat manusia disesatkan dan harta mereka akan dikikis) lebih kurang pukul 840mlm..

Sesampainya disana, aku tgk ramai umat manusia duduk di atas kerusi yg disusun menghadap skrin projector..keadaan bilik masa tu suram sikit sbb tgh pasang projektor..jibaok yg berada di hadapan pentas baik punya berlakon kononya sedang "setting" projector n slide..pada aku, dah set elok dah, nk betulkan apa lagi bang?..dan di skrin terpampang video org2 naik moto besar..kemudian ada plak video2 riak org pergi melancong ke luar negara..sambil2 tu, jibaok tu klik plak pada folder yg ada plak slide gambar2 kereta besar...aku tak paham, kenapa dia sengaja klik dapa folder tu? setting ker? korang pikir la sendiri..tp aku dah tahu yg aku dah masuk perangkap MLM..citt..sbb sebelum ni iaitu sejak zaman belajar lagi, aku pernah ada pengalaman cmni..so, kali ni aku tak kekok sgt la..dlm masa yg sama, aku tgk jibaok yg kontrol slide powerpoint tu, berwajah tenang dan konfiden..seperti dirancang, dgn sengaja handphone/kunci kereta diletakan di atas meja...hehehe..

Setelah beberapa lama melayan slide show+video yg serba bosan tu, baru la jibaok tu jumpa setting dia.. :-) aku duk cm org bangang sambil terpikir "apa la yg aku buat kt sini"..demmm...pastu, tiba-tiba mamat kt sebelah aku menegur aku dgn ramah yg dibuat2..dia memperkenalkan diri sbg polis dr balai bukit jalil..pastu sorang2 geng polis salam dgn aku..perghh..ramai gak geng polis yg terlibat dgn aktiviti tak tak sihat ni..no komen...pastu leader jibaok tu pun bukak la mukadimah kt depan..sambil memperkenalkan diri sbg jibaok *CDM kulup, (CDM adalah pangkat yg agak tinggi dlm haiyo..kiranya dah mcm paderi la), kemudian, jibaok CDM kulop ni meminta spy semua menyanyikan lagu kebangasaan haiyo..Masa tu, aku nmpk semua org menyanyi dgn semangat dan kuat - kecuali aku..aku sorang je terkumat kamit kat situ..selesai menyanyi, aku dan beberapa org yg pertama kali dtg ke situ diberi ucap selamat dan tahniah..kononya aku telah dibukakn minda utk dtg dan mengubah nasib aku kepada yg lebih baik...hahaha..

Kemudian jibaok CDM kulop tu pun cerita la serba sedikit ttg haiyo..kononya haiyo ni adalah kompeni yg kaya gila babeng..duit byk gila..boleh buat iklan kt tv pada waktu puncak (ant 8pm - 9pm) yg mana mahal harganya..dan mcm2 lagi..setiap bait bait ayat adalah ayat kasi up haiyoo..lebih kurang 10 minit intro pasal kompeni, br la dia bukak citer pasal produk..kemudian baru la aku tau, haiyoo ni byk produk sebenarnya, esp ubat ubatan cina, TETAPI hanya 2 produk je yg di MLM kan..iaitu tabung air "bangang aura" dan juga korset "penipu beautiful"..harga produk2 ni agak mahal la..RM2000 sebuah...dalam masa lebih kurang dari 10 minit, dia pun cerita la betapa hebatnya produk tu..kononya produk ini adalah yg terbaik..semua org akan beli walaupun harganya mahal...semua org nk sihat, semua org nk cantik...produk mesti laku..dun wori...lebih kurang camtu la sembang kongkang dia...

Habis je penerangan pasal produk, jibaok CDM kulop tu pun mula buka cerita pasal biz strategi..terus terang aku katakan, aku TERLALU terkejut bila dia ckp, permulaan modal adalah RM21, 000. Wow...biar betul? aku salah dengar ke? pengalaman aku dgn MLM sebelum ni, plg tinggi modal yg pernah aku dgr just RM2 500 shj..ini betul2 kejam ni..xde belas kesian lgsg...Apabila sesiapa melabur RM21k ni, dia akan mendapat 10 biji (boleh pilih sama ada tabung air @ korset)..kemudian, pada bulan pertama, syarikat haiyoo ni akan memberi BONUS pd prospek walaupun jika prospek xdapat menjual barang or mencari downline sekalipun..aku masih ingat lagi ayat dia, "Mana ada syarikat yg akan bg bonus walaupun kita tak buat kerja..Haiyoo je yg bagi...tgk..punya bagusnya syarikat ni"..haha..pada aku ayat yg agak bodoh tp agak berkesan gak la utk mereka yg tak berfikir panjang..kemudian jibaok CDM kulop tu pun masuk ke bab seterusnya - cara mendapatkan modal...

Aku mula rasa tak selesa dan agak marah bila jibaok CDM ni mengesyorkan supaya prospek MEMBUAT PERSONAL LOAN RM23k selama 15 tahun dgn bayaran bulan2 Rm200++ utk menyertai benda bangang ni..haaaaa...buat loan? mmg sah la ni keje gila...kenapa perlu buat loan? kalo xde duit, tak payah la masuk..seolah olah terdapat paksaan utk benda ni..aku masih ingat kata2 member aku yg kerja Bank Negara - Personal Loan adalah Along yg sah...dia xseganas along tp konsepnya adalah sama..JANGAN buat personal loan kecuali atas sebab2 emergency - perubatan ker/nk kawen utk mengelakan maksiat ker dll..tp kalo utk benda yg bukan2, jgn sekali kali...tp kenapa Jibaok ni suruh prospek buat personal loan? buat loan atas sebab yg tak patut lgsg cmni...

kenapa..................??????

Saturday, March 27, 2010

Cara Cara untuk mengatasi hutang akibat penipuan MLM

Tipah tertipu bang, Tipah teripu !" perasaan itu sering terngiang ngiang dalam bedak pemikiran mangsa mangsa MLM. MARAH! YAA !!! kalau diikutkan hati mau je dirodok rodok perut si jibaok yg dah mengkelepet korang tu. Mau dimaki maki bini , laki, adik , anak, abang, akak, mak , ayah korang yang berjaya ditipu oleh jibaok jibaok durjana. Tapi kita ada agama, kita ada undang-undang. Hormatlah orang tua. Tak perlu bertindak drastik., bodoh dan bingai. Jangan mengeruhkan lagi air sungai yang dah memang keruh. Ini masanya untuk bertindak bijak dari sebelumnya. Ini masanya untuk melepasi satu lagi ujian hidup anda. Anda mulakan dengan beberapa info dibawah :-

Terima Hakikat
--------------
Anda perlu terima hakikat bahawa anda atau ahli keluarga anda telah ditipu. Sekiranya anda masih lagi memasang angan angan mat jenin yang kononnya anda akan kaya dengan menjual water filter yang memang nya satu malaysia dah beli, maka .. anda akan terus dibelengu permasalahan ini. Tahu tak water filter yang lebih kurang sama dengan ape yg syarikat jibaok tu jual , boleh didapati pada harga RM500 - RM600 je kat market ? Walaupun qualiti atau pun kapasiti dan bermacam macam ti ti ti ti nya berlainan, anda perlu faham yang saingan adalah sengit. Jadi terima lah hakikat bahawa anda telah ditipu . dan orang yang ditipu ini barangkali akan rugi.


Mula dengan strategi
--------------------
Berapa filter air yang anda ada ? Adakah setiap satu alat filter air tu hanya ditempatkan ditepi sudut bilik anda untuk mengutip habuk ? kenapa anda tidak boleh mengunakan kesemuanya untuk tujuan lain? tidak boleh kah anda memulakan business jual air minuman ? ya betul anda rugi dan takde duit dah skang . hutang dah berlipat ganda .. tapi berape la sangat modal nak jual air. Anda tahu tak berapa gerai jual Air kat pasar malam tu yg tampal tanda "air minuman berfilter" ??? takde kan ? kalau anda pegi pasar .. anda tengok gerai jual air .. air oren la .. air milo la .. pastu harga dia rm 1.00 sebungkus. Tapi sebelah sana plak anda nampak jugak gerai jual air yg sama tapi ada tulis "berfilter" .. dengan harga yang sama .. anda rasa anda beli yang mane satu ? kalau modal airnya sebungkus 30 sen .. anda untung 70 sen. kalau sehari anda dapat jual 200 bungkus .. bukan ke RM140 satu hari untung bersih ? nah , jadikan musibah anda sebagai jalan sebenar untuk kejayaan anda. Memandangkan Filter air anda banyak .. contohnya ada 4 biji lagi yg tak jual. Anda boleh bukak 4 cawangan sekarang .. best tak ? so katakan la purata 4 cawangan membawa untung RM140 sehari .. tolak gaji pekerja rm 40 sehari .. anda dapat RM 400 sehari .. kalau sebulan ? Silap haribulan , kereta anda akan lebih besar dari jibaok yang menipu anda tadi hehe..

Jangan mudah kalah dan putus asa
--------------------------------
Ketahuilah setiap musibah ada hikmah dari Allah swt. Berdoalah pada Allah swt. minta dibukakan pintu pintu rezeki baru yang anda sendiri tak tahu wujud sebelum ini. Dulunya anda pegawai kerajaan yang makan gaji, ape kate anda jadi peniaga. Bukan stakat jual air kat gerai. Anda botolkan air filter anda. Bubuh perasa manggo. Bubuh perasa strawberry. Kemudian buat label cantek2. pegi round kat kedai-kedai mamak. cakap kat tokei mamak tu . kalau jual sebotol dengan harga RM1.50 . mamak tu dapat 50 sen. agak-agak la saudara ? mamak tu nak ke tak nak ? mesti nak punye. Dia jual air coke pun dapat untung 30 sen je . baik jual air saudara dapat 50 sen betul tak betul ? betulllllllll ... Kuat kan semangat , jangan anggap musibah ini pemusnah hidup anda. jadikannya pemangkin untuk berjaya. Bak kata satu iklan , jalan biar kedepan , bukan kebelakang.


Kreatif adalah caranya
----------------------
Ya tuan tuan dan puan puan , jadilah insan yang kreatif . kreatif bukan bermaksud pandai dalam bidang seni je yer. Bidang business pun boleh. Niat saya tulis ni ikhlas nak bagi tuan tuan dan puan puan terbuka minda untuk dapat ilham menukarkan nasib tuan dan puan dari seorang yang miskin dan semakin miskin, menjadi seorang yang kuat berusaha dan pantang mengalah. Ingatlah , kegagalan itu hanya akan terjadi apabila usaha dihentikan.


Sekian,
Wassalamu

Monday, January 18, 2010

Ayat perangkap Jibaok Haiyoo

Dah lama tak update sistem amaran awal tsunami aku ni..Sibuk+Malas+Sakit hati dll antara sebab kenapa aku tak nak update blog ni..tp atas permintaan seorang rakan, aku luangkan la masa utk update apa yg patut..

Kekadang aku terfikir, kenapa ramai org (melayu n kakitangan kerajaan khususnya) terperangkap dengan tipu daya jibaok yg kejam ni..Setelah mendengar cerita dan juga pengalaman aku sendiri yg cuba diracun oleh beberapa org jibaok, maka aku dapat la membuat sedikit kesimpulan..aku tak pasti apa pendapat org lain, itu terpulang pada individu..tp pada aku, jibaok2 ini mengunakan skema ayat yg sama yg jelas cuba mempengaruhi mangsa..(or, lebih sesuai kalo aku gunakan ayat, memperbodohkan mangsa??mungkin agak kejam..tp nk buat cmne..ini la ayat yg paling sesuai)

Secara amnya, jibaok2 ini akan cuba utk face to face dgn mangsa. Ini kerana, reaksi mangsa dpt diketahui dgn cepat n apa tindakan yg patut jibaok ni ambil..so, jibaok ini akan set tempat n masa utk berjumpa..bila dah set tempat, maka bermula lah bencana..jibaok2 ini pada awalnya akan menunjukan sedaya mungkin bahawa mereka2 ini adalah org yang sgt la kaya..kononya harta mereka ni terlampau banyak..tp jgn harap sgtla yg mereka ini akan bayar duit kopi anda nnt..haha(based on pengalaman aku sendiri :-) ) Sehinggakan mereka akan menunjuk-nunjuk kereta yg mereka pakai kepada bakal mangsa. kalo perjumpaan di kedai kopi, mereka akan cuba utk parking kereta mereka betul2 depan meja.Nak nmpk lebih berlagak lagi, kunci kereta akan diletakan di atas meja. Kemudian perbualan akan dimulakan dengan kekayaan diri mereka terlebih dahulu. kereta yg mereka pakai, bercuti di luar negara, income mereka bulan2 dan sebagainya..kekadang, kalo diperhatikan, memang kongkang sungguh cara mereka ni bersembang..namun, itulah caranya..hmm..tp kekadang aku confius, sbb mereka ni tak pernah citer pasal rumah mereka...kenapa yee..itu akan aku ceritakan kemudian..tunggu

selesai bercerita dan ber"belagak" pasal kekayaan mereka, maka tiba la ke round 2. Utk round 2 ni, jibaok2 ini akan cuba utk saiko bakal mangsa..bakal mangsa akan diberitahu bhw mangsa adalah dalam golongan org yg miskin..mangsa adalah golongan org yg gagal.walaupun mangsa berpendapatan RM3k sebulan, tp masih tak cukup utk menampung kehidupan dan akan dikategorikan sebagai golongan miskin..waa..kalo RM3k golongan miskin, golongan sederhana plak berapa income dia sebulan? biar betik jibaok ni..kemudian mangsa akan diceritakan kesusahan hidup ditengah kota..perbelanjaan bulanan yg kekadang melebihi duit gaji, perbelanjaan minyak kereta, hutang sana sini dan sebagainya..Kemudian jibaok ini akan cuba mengaitkan mangsa dgn jasa ibu bapa..jibaok ini dgn confidentnya akan berkata, "saya beri kt mak bapak saya kt kg, RM3k sebulan..cmne awak nk kasi mak bapak awak sebanyak tu, kalo gaji awak pun RM3k je..kita kena ingat jasa ibu bapa kita"..huhu..mcm2 la jibaok ni..kemudian, sebagai pelengkap cerita, jibaok ini akan meletakan biji kas kas dalam cerita kongkang merka.(info:Biji kas kas digunakan dalam masakan mamak..sbb tu la mamak punya nasi beriyani sedap) jibaok ini akan cuba memasang angan2 pada bakal mangsa.Antara soalan yg sering ditanya berbunyi spt ini, "apakah kereta idaman encik pegawai kerajaan?ooo..encik pegawai kerajaan idamkan kereta BMW..dalam keaadaan income en pegawai kerajaan skg, bila agaknya en pegawai kerajaan akan dapat kereta tu?"hehe..itu adalah satu contoh yg biasa jibaok ni pakai..ada byk lagi sebenarnya akan diceritakan pada posting yg akan dtg..

Utk round 3, jibaok ini akan lebih agresif, mereka akan menerangkan cara2 biz MLM ni berjalan..itu aku tak nak terangkan kt sini..panjang citer nnt..Namun begitu, apa yg aku cuba tekankan disini, mereka akan cuba memujuk mangsa supaya membuat loan..kemudianya, mangsa akan di ajar cara2 utk nk cover balik loan tu..haaa..disini la biasanya mangsa akan terpedaya..kononya, en pegawai kerajaan ini takan rugi walaupun membuat loan..tp, adakah jibaok ini akan menerangkan kpd mangsa mengenai interest utk loan itu?hehe..sudah tentulah tidak..kerana, kalo dikira balik sekali dgn interest, en pegawai kerajaan ini sbnrnya rugi..huhu..tp biasanya mangsa takan perasan sbb mangsa dah terpedaya ketika proses memasang angan2 pada round 2 td..Sebagai penutup utk round 3 ni, jibaok akan mengutuk bangsanya sendiri (ofcourse melayu..jarang la jibaok ni terdiri dr golongan bangsa lain) dgn mengatakan kononya org "kita" tak berani ambil risiko..tak berani nk berhutang..cuba tgk bangsa lain, selamba je ambil risiko..sebab tu la bangsa lain lebih berjaya dr bangsa kita..hmmm..betulke statement ni?? akan diceritakan kemudian..:-)

utk round 4 iaitu round penghabisan, mangsa akan dibawa ke bank utk membuat loan..kemudianya, kesemua loan itu akan dimasukan ke dalam akaun haiyooo..abisla kesemua loan tu..tersenyumla jibaok2 ini kerana mereka akan dapat habuan mereka nnt..yg menjadi mangsa adalah - en pegawai kerajaan...


Utk posting ini, aku hanya menceritakan secara kasar shj..pastikan pembaca budiman dapat gambaran awal drp penerangan di atas..loceng amaran akan dibunyikan secara automatik jika anda terjebak dalam situasi ini..namun begitu, ini hanya la sistem amaran shj, bukanlah sistem penceghahan..hanya kebijaksanaan anda shj yg mampu mengawal diri anda drp sbrg kejadiaan yg tidak diingini..

Friday, November 13, 2009

Pengalaman dari org yg menyesal - Amaran Awal Tsunami 1

Seperti yg aku pernah post sebelum ni, Geng jibaok 369 ni turut menggunakan blog sbg "senjata" utk memerangkap dan menipu duit loan org melayu..hasil drp "googling" aku, aku terjumpa beberapa blog geng jibaok jahat ni..dan dalam blog n komen yg diberi, mereka ni semuanya bersemangat utk menipu org melayu...kdg2 baca, mcm poyo pun ada..tp tiba2 terselit seorg yg aku rasa dia menyesal sbb termakan pujuk rayu geng jibaok ni..nama dia "Sha" n dia ada bg beberapa komen yg boleh dijadikan pengajaran pada kita..tak salahkan kalo kita belajar drp pengalaman org lain..Macam sistem awal tsunami gak la..berhati hati sebelum kita pun terkena..So disini aku malas nk tulis pjg, aku just copy n paste shj beberapa komen dr seorang yg bernama "Sha" ni..aku pun tak kenal dia ni siapa, tp aku turut bersimpati pada dia...

Layanzzz...zass....

Komen 1
--------
sha Says:
November 18, 2008 at 8:07 am

salam …

saya baru join bulan 9 ari tu.. dah dapat sorang dan masih mencuba lagi … kadang2 takut gak sebab saya tak penah buat hutang, byk pulak tu.. memang takut… tapi kena jugak cari orang sebab aim saya skang ni nak setel loan tu.. itu yang penting .. selagi tak setel loan / pulang modal kita dikira tak berjaya laaa… semangat saya kadang2 down sebab hutang tu.

sesiapa yang nak beli korset tu (3pcs) area ipoh boleh email saya di sha_2602@yahoo.com. Bayaran bulan2
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/11/kaitan-kuku-dengan-mlm/)

Komen 2
---------
sha Says:
November 27, 2008 at 6:06 am

saya lagi la. baru je join hai o bulan 9 ari tu. best partnyer diaorang citer sket punya bagus tapi tak sentuh pun langsung pasal maintain nii, alih2 dah kuar loan 22k dah masuk ahli baru citer nak kena buat maintain 300++, saya rasa macam dah kena tipu, cuma citer amik 300 dari loan tolak tepi tapi tak citer pun pasal maintain ni.. aku nyesal giler dah ni.. loan nak kuar sehari tapi nak dapat balik 2 tahun, kalu aku renovate umah pun tak sesal macam ni… tambahan lagi dengan ekonomi yang meleset skang ni.. ada ke orang nak beli korset tu, konon tukang sapu boleh pakai. aku rasa 100 tu lebih berharga kalau bagi anak2 makan. tesnion dah aku, nyesal tak sudah dah ni. aku skang tak der utang apa2 tp disebabkan hai o ni la aku kena berhutang, tak de hutang cari hutang.
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/28/pentingnya-payslip/)

Komen 3
---------
sha Says:
November 27, 2008 at 6:19 am

saya lagi la. baru je join hai o bulan 9 ari tu. best partnyer diaorang citer sket punya bagus tapi tak sentuh pun langsung pasal maintain nii, alih2 dah kuar loan 22k dah masuk ahli baru citer nak kena buat maintain 300++, saya rasa macam dah kena tipu, cuma citer amik 300 dari loan tolak tepi tapi tak citer pun pasal maintain ni.. aku nyesal giler dah ni.. loan nak kuar sehari tapi nak dapat balik 2 tahun (kononnya la), silap2 tanggung hutang sampai ke tua (15 tahun). kalu aku renovate umah pun tak sesal macam ni… sekurang2nya aku nampak loan tu aku buat apa, aku masuk asb lagi bagus, confirm aku dapat dividen tahunan, duit tak hilang, biar lambat asal selamat. tambahan lagi dengan ekonomi yang meleset skang ni.. ada ke orang nak beli korset tu, konon tukang sapu boleh pakai. aku rasa RM100 tu lebih berharga kalau bagi anak2 aku makan. tension dah aku, nyesal tak sudah dah ni. nangis dah tak larat nangis dah. aku skang tak der utang apa2 tp disebabkan hai o ni la aku kena berhutang, tak de hutang cari hutang. padan muka aku sb tak bersyukur dengan apa yang aku dapat sebelum ni.

silap aku jugak sebab terlampau percaya citer2 org hai o ni yang tak berterus terang. apa2 pun aku kena teruskan gak sebab dah kuar loan, skang ni aim aku nak setel loan, keta besar ke, apa besar ke aku dah tak heran dah, janji loan setel. kalo korang ada cara tolong btau aku.

nak je aku suruh cdm atau ddm aku/korang beli korset aku tu, supaya tak menjadi satu tekanan pada aku pasal loan ni. loan aku buat bulan 9, konon 3 bulan potong tapi bulan 10 dah stat potong gaji aku, penipu betul korang ni.. kata nak tolong, tolong la aku. aku tengok tak de pun fitback tiap2 hari dari org hai o ni.. ada sesiapa yang nak beli korset 9 set (complete set) dengan harga RM18,000, amik la , aku bagi dengan bag2 dia skali. email aku : sha:2602@yahoo.com

tak larat dah nak tanggung tekanan ni.
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/06/plan-hai-o-marketing-group-369/)

Komen 4
----------
sha Says:
November 27, 2008 at 6:21 am

to ddm iwan..

kalau saya nak jual korset saya 9 set (complete) dengan harga RM18,000, awak nak tak? Saya nak setel loan ni sebab tak penah uat hutang yang banyak (pada saya).

Sedih tengok payslip saya yang ditolak RM232 pada benda yang tak nampak..
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2008/01/15/air-untuk-cantik/#comment-1170)

Komen 5
---------
sha Says:
November 27, 2008 at 7:10 am

lagi satu nak bgatu sket, lain kali biar berterus terang supaya tak jadi masalah macam aku ni, mula2 aku tanya, iklhas kalau dalam sebulan kita tak dapat org lagi, maklumla aku kerja dari 8pg – 5 ptg, dapat tak cek, aku tanya brape, dia jawab 4 angka tapi terus cari orang, alih2 pas dapat bonus RM2900 (tolak maintan, tolak utang loan 232) tinggal la 2000, aku busy dekat2 ujung bulan ni, aku dapat cek, 4 angka gak tapi pas 2 angka ada perpuluhan. (RM52.50) lagi aku bengang, cakap biar terang, memang kena bantai ngan aku teruk2 ari tu, tu yang aku tak de semangat dah nak terus kan sebab aku takut member aku terkena macam aku dan pas ni mungkin gaduh sebab HAI O ni…

jadi aku terus terang kalau nak aku carik orang tolong citer habis-habisan. tidak korang pun tak dapat bonus gak…

lagi satu aku bengang lagi pasal maintane, yang bestnyer pas aku masuk ahli baru tau suma citer pasal maintain ni. kalau aku tak buat maintain ni, org yang sponsor aku yang dapat bonus, haaa… ni best part yang aku lagi bengang, so ada jugak yang tak bagus pasal hai o ni.

kita orang melayu susah2 beli korset sampai 10 set, buat loan lagi (RM22K), pegi jual kat orang, tanggung utang, buat maintain, carik orang, cina tu jugak yang senang dan lagi bertambah kaya sebab tak payah buat apa sebab orang melayu yang boleh buat untuk dia… geram aku… kalau citer terus terang aku rasa tak jadi mcm ni… sebab aku dah dapat penerangan yang betul, tp bila jadi macam ni… aku tak tau nak cakap apa lagi, carik je la orang, jual je la korset…
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/06/plan-hai-o-marketing-group-369/)


Komen 6
---------
sha Says:
November 27, 2008 at 8:43 am

pengajaran bagi aku.. apa2 pengalaman mengajar aku… mungkin ada hikmah disebalik itu..
(http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/18/kalau-kail-panjang-sejengkal/)


Aku harap, apa komen yg "sha" bg ni dapat memberi amaran awal pada korang semua tentang bahaya yg org melayu hadapi sekarang ini..Pada aku, apa yg "sha" ni luahkan adalah betul..sesal tak sudah dia skg ni..dia buat loan, pastu dia kena hadle hutang org yg beli korset dgn dia, sbb org beli korset byr bulan2..rm100 sebulan..beban kerja tu..kalo org tu bayar ok la, kalo org tu tak bayar..cmne? loan still kena byr + interest..sapa yg susah, "ORANG YG JOIN HAIYOO - ESPECIALY KALO BAWAH 369 JUGAK YG SUSAH..Sapa yg senang..tokey cina..diorang senyum kt atas tgk org melayu terlalu mudah diperkudakan..Aku bukannya racist. Malahan aku terlalu byk berhubungan dgn org cina kerana kerja aku memerlukan aku berurusan dgn mereka..aku ramai member cina..dan aku xnafikan yg mereka ini mmg bijak berniaga..sepatutnya kita belajar dr mereka, BUKANYA DIPERMAINKAN MEREKA..kenapa org melayu tak boleh berfikir? gunakan akal fikiran yg Allah bg dgn sebaiknya..fikir pakai otak, bukan pakai lutut...

So, pada sapa2 jibaok 369 yg baca posting aku in, boleh komen sikit? Especialy pada jibaok2 yg sedang berusaha keras utk mencari mangsa agar caldinanya tak ditarik...komen pls..


Thursday, November 5, 2009

Berita Hai O...Sedih aku bila baca..

Oleh CYNTHIA YEOH

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.

Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
”Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.

”Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
”Kira-kira
80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka,” katanya.

Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.

”Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007,” jelasnya.

Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).

Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.

”Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.

Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.

Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.

”Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini,” ujarnya.

Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.

Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.

------------------------

Bila 1st time aku baca berita ni, aku hanya boleh katakan satu perkataan je.."ramainya umat melayu bumiputera yg tertipu." 70k org...wow..dan 80% adalah wanita..kenapa aa? sorry to say la, tp maybe sbb wanita tu xberfikir pjg...hmm....bayangkan kalo 70kxRM21k...jumlahnya =RM1,470,000,000...gilaa..daripada 70k hanya 25 peratus je yg aktif...means 17,500 adalah jibaok yg masih aktif utk menjerat magsa lain..Haiyoo target 2000 org ahli baru setiap bulan..wow...means, setiap bulan, 2000 org mesti ditipu..2000xRM21k=RM42 juta...itu utk sebulan...setahun camne?

Sebelum ni, haiyoo adalah syarikat yg menjual ubat2 cina dan juga turut mejual arak...yaa..haiyoo turut menjual wine sbg sebahagian drp biz mereka..dulu haiyoo ni hanya syarikat nyamuk je..income xde la sebesar mana..xde apa pun..xde istilah stokis pun..yg ada hanya kedai ubat dan sebilangan rakan kongsi yg berbangsa tiong hua..tp skg ni, 70k ahli dan kebanyakanya bumiputera..cuba korang bayangkan, 75peratus lagi adalah ahli yg tak aktif atau boleh dikatakan yg terlingkup..75%=52,500 org..52,500xRM21k= 1,102,500,000..cuba korang bayangkan....more than RM1 bilion duit yg ditpu oleh kompeni jibaok ni...more than RM1bilion org bumiputera yg berhutang personal loan sbb mereka ni kerja kerajaan..adooiii..sungguh sungguh sungguh malang...

Aku pun xpaham kenapa Kementerian Pembangunan Usahawan dn Koperasi ni boleh anugerahkan Haiyoo ni anugerah..adoii


Wednesday, November 4, 2009

Taktik Geng 369..Pls take note!!!

Kesibukan bekerja menghadkan waktu dan ruang utk aku menjadi seorang blogger yg tegar...Sejak akhir-akhir ni aku agak sibuk sampai takde masa nk update blog..Tak kisah la, asalkan aku mencari rezeki yg halal utk menyara hidup aku...Alhamdullilah, aku mencari rezeki dgn cara yg tidak meragukan.tiada unsur penindasan dan paksaan..tak pernah sekalipun suruh org2 kerajaan buat personal rm23k utk keuntungan sendiri..tak pernah menunjuk nunjuk kereta@harta benda yg ada..tak pernah liminate cheque dan tunjukan pada org..tak pernah menepek kat rumah org sampai berjam jam lamanya dan tak nak balik selagi tak dapat apa yg aku nk..aku tak buat itu semua.. mengelat sikit2 tu mgkn ada la..itu je..tp apa yg aku tau, aku tak pernah menganiaya org apatah lagi penganiayaan yg sebegitu teruk sepertimana yg geng2 haiyoo (especialy geng 369) ni buat..

Baru-baru ni, aku sempat singgah ke rumah makyung aku di kawasan selangor..Aku terkejut apabila aku dgr berita seorang dr sepupu aku dah termakan jerat dan janji manis jibaok geng 369 ni. dah lama gak la dia kena..dalam bulan ogos baru2 ni..Patutlah aku perasan masa raya aritu, muka dia agak suram..rupa2nya ada cerita.. Sepupu aku skg ni bekerja dan tinggal di luar KL. Melalui cerita makyung aku, sepupu aku ni dibawa oleh jibaok kt sana utk mendengar sembang kongkang jibaok haiyoo ni di markas ajaran mereka ni di gombak..Disebabkan termakan umpan dan JANJI PALSU dgn puak2 jibaok ni, dia pun buat loan rm23k dan membeli 10 korset..Selepas setel semua urusan loan dan pambayaran dibuat kepada haiyoo, maka sepupu aku ni (laki+bini) dapat la 10 helai korset yg semuanya saiz kecik..(aku tak pasti saiz s or m..tp makyung aku ckp, saiz korset tu cm sesuai utk bini sepupu aku tu la..bini sepupu aku tu badan kecik je..sekali pandang cm budak sek men..hehe)..Mcm biasa la, masa utk dia dapat kesemua korset tu memakan masa yg agak lama..geng 369..biasa la..itu la taktik dia..

Yang paling best, jibaok jibaok ni dah menabur janji manis pd sepupu aku ni..antaranya, dia akan membantu sepupu aku ni utk cr downline..dgn umpan kete besar (kalo xsilap makyug aku, caldina..sbb dia pun tak perasan..tp dia kata mpv la), sepupu aku pun rekemen la member dia yg kerja sama2 kt negeri tu..maka jibaok 369 ni pun dgn pantas terus serbu rumah member sepupu aku ni pada pukul 10mlm..bila sampai rumah, pas minum air secawan, upline dia ni pun cerita kongkang la pasal biz menipu org ni..cerita panjang sampai dkt2 kul 12..sepupu aku ni dah perasan yg member dia dah semacam, tp dia tak boleh buat apa..dia pun dah start rasa bersalah..nasib baik member dia ni pandai, member dia suruh dtg balik esok utk mengongkang lebih lanjut..bila ckp cmtu, terus jibaok ni tanya kul baper appoinment esok..perghh..pantas..pastu member ni pun terpaksa buat janji plasu..esoknya bila time keje, member sepupu aku bgtau la kt sepupu aku betapa bengangnya dia dgn jibaok tu malam td..sembang gegar, berlagak dan menunjuk nunjuk..nasib baik mereka ni kawan baik, so diorg ckp elok2 la..sepupu aku minta maaf n tak sangka benda ni boleh jadi..

Ptg tu, jibaok tu kol sepupu aku, ajak serbu rumah member sepupu aku tu lagi sekali.semalam appoinment dtg umah pas time keje..tp time tu, sepupu aku bgtau la kt jibaok tu yg member dia tak senang psl malam semalam..tp last2, member aku kena saiko balik ngn jibaok tu..dia kata, "nk tak nak kena cari org gak..loan dah buat..interest kena bayar..sanggup ke menanggung rugi? pinjam rm23k, kena bayar balik kalo campur interest dekatrm30k...setakat ni, hanya tu je prospek yg terbaik.." huhu..last2 sepupu aku tu follow gak la...bila sampai je umah member sepupu aku tu, dia takde kat rumah..(haha..pandai brader tu)..jibaok tu suruh sepupu aku tu call member dia..perghhh..punya la sangap gila jibaok ni...dia tak kira..selagi tak dapat apa yg dia nk, dia buat apa sj..last member aku malas ikut ckp jibaok tu..sejak peristiwa tu, jibaok tu dah tak call/bertanya khabar apatah lagi ambik tahu pasal sepupu aku lg..buat apa dia nk amik tahu, kalo sepupu aku ni tak mampu menguntungkan dia..ye tak..tapi....dia kan upline sepupu aku..apa tanggungjawab upline ke atas downline dia aaa? hmmmmm

Janji manis yg seterusnya, pasal korset..jibaok2 ni kata, korset memula mereka kasi saiz apa yg ada dulu..so, sepupu aku ni dapat saiz kecik (size s or maybe m)..tp kalo ada org yg badan besar nk beli korset tu, boleh pg ke stokis, tukar saiz yg customer nak...hmmm....ye ke? mari kita baca cerita selanjutnya...

Selepas kes dgn member sepupu aku tu, jibaok ni dah tak hiraukan dia lagi..so, terpaksa la sepupu aku ni bergerak sendiri mencari buyer utk beli korset dia..sekali tu, rezeki dia, ada la sorang minah ni nk beli korset..malangnya, minah ni badan besar..so, dia pun pg la stokis sbb nk tukar ngn saiz besar..(aku tak sure stokis kat mana..gombak or tempat lain)..malangnya, org stokis tu kata "tak boleh..dah beli mana boleh tukar..kalo nk tukar, tukar dgn jibaok2 lain yg beli korset gak.."tercengang sepupu aku ni..sebelum ni jibaok upline dia kata boleh tukar kat stokis...skg ni tak boleh tukar plak..apa cerita ni..?akhirnya, baru la dia tahu, dia dah kena klepet.. Upline dia bila call, berjawab, tp mulut dah semanis dulu..ye laa..buat apa dia nk layan sepupu aku tu, kalo sepupu aku ni tak boleh menguntungkan dia, ye tak..kalo sepupu aku dpt cr downline, jibaok ni akan dpt komisen, tp kalo xde downline or just jual brg, buat apa..terkontang kanting la dia sesorang..

Sekali sekala kalo aku view facebook sepupu aku tu, aku boleh baca ayat yg mcm ni.. "runsing..nk balik kg, tenangkan fikiran", "belajar dari kesilapan", dan mcm2 lagi...Aku kadang2 sedih gak bila dapat tahu sepupu sendiri pun kena klepet ngn jibaok ni..hmm..tp apa boleh buat..pada aku ungkapan "belajar dr kesilapan" tu sgt lah betul, tak dinafikan..tp tak semestinya kita belajar dr kesilapan kita sendiri..kita juga boleh belajar dr kesilapan org lain jugak kan kan? pada aku, belajar dr kesilapan org lain adalah lebih baik..dr situ kita dapat tahu sesuatu bahaya lebih awal dan "alert" dgn bahaya yg ada kt sekeliling kita..dan kita tak perlu menangung sakitnya kesan dr kesilapan yg kita lakukan.. sbg contoh, kerajaan Msia sanggup belanja juta-juta just utk mewujudkan satu sistem amaran awal tsunami..kenapa? sbb kerajaan Msia belajar drp kesilapan pihak yg sepatutnya mengeluarkan amaran bhw ada tsunami pada Dis 2004 yg mengakibatkan Acheh hilang hampir 230k penduduknya..so, disebabkan kesilapan org lain, Msia take note n buat apa yg patut utk mengelakan dr penduduk Msia plk yg kena tsunami..betul tk? betul...


Dan, pada aku, kesan berhutang selama 9 thn, tp tak dapat apa2 kecuali resah dan gelisah setiap bulan sbb duit hilang camtu je lebih kurang sm mcm tsunami ..Atas tujuan tu la aku create blog ni..ada org kata, aku cuba menjadi wira..aku cuba menyatakan benda yg tak benar..malah ada yg kata, aku hanya berani baling batu sembunyi tangan..ye ke? terpulang..tp pada aku, kemajuan teknologi yg ada perlu digunakan sebaik baiknya..sbb geng haiyoo ni pun menggunakan cara yg sama utk menjerat mangsa..kalo "digoogle", kita akan jumpa byk page/blog pasal haiyoo ni..mereka aktif menjerat mangsa dan ramai yg terkena..Tsunami dah melanda dan byk drp org melayu kita yg menjadi mangsa..kepada mereka2 yg belum kena, satu je nasihat aku, hati hati dgn golongan jibaok ni..belajar la dr kesilapan org lain...Mungkin ayat dalam blog aku sebelum ni agak sedikit kasar, tp aku terpaksa sbb aku nk bgtau betapa jahatnya jibaok ni..Aku dah wujudkan satu sistem amaran awal..terpulang la pada korang nk percaya atau tak..tp apa yg aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman org lain..Aku cuma minta akal fikiran korang yg waras utk korang fikirkan yg mana baik dan yg mana buruk..dan buat la keputusan yg terbaik utk masa depan korang..sekali tersilap langkah, korang jatuh terduduk, susah nk bangun balik..percayalah..